Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pembunuhan masyarakat Syiah di Pakistan masih berterusan tanpa tindakan serius daripada pihak kerajaannya. Dalam serangan terbaru hari ini, pengganas Taliban telah menyerang sebuah mini bas yang membawa 16 penumpang mazhab Syiah dari Peshawar. Serangan terjadi di kawasan Pir Qayyum, dengan menggunakan bom kawalan jauh.
Sehingga saat ini, dua orang dilaporkan terbunuh manakala lapan yang lain cedera. Jumlah korban dijangka meningkat.
Dua hari lalu, pengganas Taliban baru sahaja mengebom sebuah masjid di wilayah Peshawar yang membunuh beberapa orang pengikut mazhab Ahlusunnah.